Latar Belakang Sechs_Kies

Eun Ji-won, yang pada ketika itu sedang melanjutkan pengajian di Hawaii, telah dipanggil oleh DSP Entertainment, bersama kawannya Kang Sung-hoon ketika di dalam sebuah kelab malam. Pihak agensi telah merancang untuk memulakan debut pertama mereka iaitu Eun Ji-won dan Kang Sung-hoon di South Korea sebagai pasangan duet, tetapi kejayaan yang cemerlang oleh pihak SM Entertainment's kumpulan lelaki idola H.O.T., pihak agensi telah mengubah perancangan untuk membentuk sebuah kumpulan yang dianggotai oleh enam orang lelaki idola.[2]

Kim Jae-duck dan Lee Jai-jin pada ketika itu merupakan ahli kepada sebuah kumpulan tarian yang dipanggil Quicksilver di tempat asal mereka iaitu Busan dan telah menghantar pita ujibakat kepada DSP Entertainment.[3] Jang Su-won telah diterima masuk ketika ujibakat terbuka, dan yang terakhir, Ko Ji-yong, iaitu kawan baik sejak kecil kepada Kang Sung-hoon, juga telah diterima masuk sebagai ahli yang terakhir dalam kumpulan Sechs Kies.

Pada 1 Jun 2016, ketika mereka menjadi tetamu jemputan dalam rancangan Radio Star bersama, Kang Sung-hoon berkata bahawa dia telah memilih untuk menyertai kumpulan tersebut pada waktu itu. Lee Ho-yeon, merupakan DSP CEO, telah memberikan keputusan kepada Kang Sung-hoon dengan menyatakan dia mempunyai kuasa veto yang betul. Selepas itu, empat ahli kumpulan yang lain telah dipilih oleh Kang Sung-hoon sendiri.<ref>전종선 (June 2, 2016). "'라디오스타' 강성훈, 젝스키스 결성 비화 공개 "내가 원하는 멤버로 뽑았다"" ["Radio Star" Kang Sunghoon telah menyatakan rahsia di sebalik ahli kumpulan SECHSKIES "Saya telah memilih ahli kumpulan yang saya inginkan"]. 서울경제 (dalam bahasa Korean). Dicapai pada December 3, 2016.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)</ref

Berkaitan